Monday, January 10, 2011

~Ikan Masak Kari~



9/1/2011
2 petang: bau ikan masak kari hasil air tngn Cik S membuka selera..ikan dimakan brsama nasi putih + kicap...

9 malam: ada shabt2 yg bru balik dr Koboi(tmpt shoping murah) seusai meeting petng tadi....ikan msak kari baki tangah hari tadi...mnjadi lauk mkn malam skali lagi...

10/1/2011

5 pagi: muslimat RS seramai 8 orang duduk beramai-ramai mnghadap sedulang nasi berlaukkan ikan masak kari skali lagi...saki-baki mlm smlam...hnya serpihan2 isi ikan bersama tomato dan kuah kari utk dijamah..nasi pula tidak smpai satu pot..hidngn yg agk sikit utk 8 orng...tp Alhamdulillah..semua dpt menikmati...moga sahur pagi tadi mndpt berkah Ilahi...slmt brpuasa Sunat khusus buat muslimat RS..

7.21 ptng: masa utk brbuka puasa!!!!!!!!!! erm....ikan masak kari sahur td lg ker???

Tuesday, December 28, 2010

Salaamatul Sodri ( Sifat Berlapang Dada )


"Apabila kau ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu, anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditergur oleh orang muda dari kamu, anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh orang yang lebih tua dari kamu, anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu."

Kata-kata di atas merupakan kalam daripada salah seorang daripada ulama' tasawwuf lagi bijaksana. Perlu ingat, ilmu Tasawwuf dan Feqah hendaklah disekalikan, sama sekali tidak boleh ditinggalkan salah satu daripadanya. Kiranya ditinggalkan, maka binasalah badan, sesatlah amalan, punahlah kehidupan, sempitlah pemahaman, tercetuslah perbalahan.

Inilah reality pada hari ini. Setiap orang beriman lagi bertaqwa mestilah memiliki sifat berlapang dada, 'Salaamatul Sodri' dalam menerima apa jua kritikan yang membina, muhasabah yang mementingkan soal masa akan datang. Ini adalah keperluan asas dalam membina kekuatan pasukan/ jemaah/ organisasi/ kumpulan, agar mencapai kejayaan yang cemerlang dan dilihat hebat di mata masyarakat, bahkan di sisi Allah memperolehi kerahmatan dan keberkatan.

Yer ... Walaupun yang ditegur itu merupakan orang atasan, bos, ketua, amir, dan seumpamanya. Jika apa yang ditegur itu memberi manfaat yang besar, apatah lagi demi kebaikan jemaah, maka Wajib dia kena mendengar dan menerima teguran tersebut. Tidaklah boleh mereka cepat melatah dan menjawab balik. Kadang-kadang apabila cepat melatah dan menjawab, menandakan seseorang itu tidak memiliki sifat 'Salaamatul Sodri' yang akhirnya akan menghilangkan keizzahan dirinya disebabkan sifat ego dan sombongnya itu.

Nabi Muhammad SAW pernah menyebut yang mafhumnya, sesungguhnya orang yang sombong itu adalah orang yang menolak segala kebenaran dan kebaikan yang diucapkan oleh seseorang yang menegurnya.

Jadi, tak kiralah, sehebat mana seseorang itu, dengan kekayaan yang ada padanya, dengan ketinggian status yang dimilikinya, dengan kecerdikan akal yang ada padanya, dengan pengalaman dalam memimpin yang dikuasainya, apabila didapati sebarang bentuk kesalahan, penyelewengan, salah guna, kekurangan yang ada, maka apabila seseorang menegurnya dan menasihatinya, mestilah yang ditegur itu menerima dengan hati yang terbuka serta 'Salaamatul Sodri'. Inilah antara asas untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu jemaah.

Perlu diingatkan, sifat 'Salaamatul Sodri' ini digunakan apabila berhadapan dengan situasi yang berpihak kepada perkara yang betul dan benar, tidak bercanggah dengan hukum Syara', mengikut kepada keadaan semasa dan matlamatnya adalah untuk mencapai kebaikan dan mendapat keredhaan Allah taala.Wallahu a'lam.

Thursday, September 2, 2010

Prefer to be like this..
S-Senyap
S-Sepi
S-sendiri

Friday, June 25, 2010

Maaf Sahabat...

'tekanan' yg melanda ini betul2 berat utk ana... setiap hari ada shaja perkara yg menyakitkan hati..
kali ini mereka mmg dah melampau!!! hati ini dah cukup tertekan kerana perbuatn mereka...suka mengambil kesemptn atas kebaikan dan kelemahan yg lain..mulut ini pula sukar utk menyatakan betapa terseksanya jiwa dibuat begitu......

kesian sahabt2 di rumah..mereka mnjadi mangsa di atas tekanan yg dialami..maafkan ana sahabat...kalian menyayangi ana..tp ana...tak sama dengan antunna semua...

adakah ini ujian Tuhan atau kifarah dari Allah kerana dosa yg lalu..atau tarbiyyah yg x ana sedari...

Maafkan ana.....ana tak layak mnjadi sahabt antunna smua..biarlah ana digantikan dngan golongan yg lebih baik..kalau itu yg terbaik...:(

Friday, June 11, 2010

ABI dah Kaweeennn...

Alhamdulillah..sempat gk menulis ckit walau pun tngh bz brkemas utk balik ke wilayah asal-Negeri Sabah di Bawah Bayu..tp skarang nie bayu die dah kurang ler...huhhu balik kpada tajuk: yup..ABI ana dah kaween..ABI nie bukannya bapa ana..tp panggilan utk akhi ana yg pd pndangan ana, beliau adalah seroang yg mantap, pemikir, sangt2 matang drpd usianyer...n sebab ada ciri2 seroang bapa kot..hihhi..emmm...kalau prempuan yg mcm ada ciri2 keibuan tue kite panggil 'keibuan' kan..kalau mcm ABI nie..ada ciri2 'KEBAPAAN' la g2....hihhihi... baitul muslim@kahwin...x semudah yg dibayangkan..bnyak ilmu yg perlu dikumpul di dada sebelum melangkah ke alam itu..

Sesebuah perkahwinan hendakalah diasaskan kepada 4 perkara:

1. Taqwa: perkahwinan perlu diasaskan @ didasarkan atas rsa Taqwa kepada Allah,tanpa taqwa ditakuti perkahwinan itu tidak dapat menurut landasan yg sebernya..


2. Al-Mawaddah Wa Al-Rahmah Perkahwinan hendaklah juga diasaskan di atas asas Al-Mawaddah (berkasih-sayang) dan 'Al-Rahmah'(kasih-mengasihi).Tanpa kasih syg dan kasih mengasihi, perkahwinan akan hancur, kebahagian akan menjadi angan-angan sahaja.

3. Al-Mu'aasharah bil Al-Maaruf
Mksudnya, pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredahi Allah. Oleh itu... pergaulan suami isteri hendaklah didasarkan di atas lunas2 keredhaan Allah, sentiasa bertolak-ansur, bnyak bersabar, dan pelbagai lg sifat mahmudah yg lain. Ketegasan diri menentang kemungkaran menjadi ubat. manakala didikan dan bimbingn suami kpd isteri dan keluarga ke arah keredhaan Allah menjadi dasr tindakan sorng suami.

Allah berfirman, "...dan bergaullah kamu dngan mereka (isteri2 kamu itu) dngn cara yg baik, maka jika kamu tidak mnyukai mereka, semoga ketidaksukaan kamu trhadap sesuati itu , lalu Allah menjadikan padanya kebajikan yang bannyak.."
( Surah An-Nisaa, ayat 19)

Dalam asas ini juga, "kemapuan suami utk mnjadi suami yg hakiki". diantarnya ialah
berupaya menyedikan nfkah, pakaian, mkanan dan tempat tinggal dan tidak mendtngkan mudarat atau kesusahan kepada isteri sama ada secara fizikal, mental,@ pun rohani.

4. Amanh dan tanggungjawab
perkahwinan perlu diasakan kepada amanat dan tnggungjawab, bukan diasaskan atas kehendak nafsu semata2..

Rasulullah S.A.W brsabda..."kamu telah mengambil mereka sbgai isteri dngan amanah
Allah dan kamu menikmati mereka dngan kalimah Allah.." Itulah dasar dan asas2 yg seharusnya dipertimbangkan dan dijadikan panduan ketika mengharungi hidup berumah tangga. perkahwinan merupakan amanat yg wajib dijaga dngan baik dan jngan dikhianati. Tanggungjawab yg wajib dilaksanakan dngan spenuhnya ini tidak sunyi dari cubaan dan dugaan, dari itu kita hndakalah sntiasa brwaspasa untuk mewujudkan kluarga yg bahagia!!! sekian...=)

Saturday, June 5, 2010

~~3S~~

Prefer to be like this..
S-Senyap
S-Sepi
S-Sendiri

Friday, May 28, 2010

Sedekah Jariah: Kebaikan yang tak berakhir...

1. Berikan Al-Quran kepada seseorang, dan setiap dibaca, anda akan mendapat hasanah

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital, dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan mendapat hasanah

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

4. Bantu pendidikan seorang anak

5. Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah

6. Berbahagi CD Quran atau Doa

7. Libatkan diri dalam pembngunan sesebuah masjid sama da dari segi tenaga mahu pun harta

8. Letakkan pendingin air ditempat umum

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, anda mendapat hasanah