Friday, May 28, 2010

Sedekah Jariah: Kebaikan yang tak berakhir...

1. Berikan Al-Quran kepada seseorang, dan setiap dibaca, anda akan mendapat hasanah

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital, dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan mendapat hasanah

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

4. Bantu pendidikan seorang anak

5. Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah

6. Berbahagi CD Quran atau Doa

7. Libatkan diri dalam pembngunan sesebuah masjid sama da dari segi tenaga mahu pun harta

8. Letakkan pendingin air ditempat umum

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, anda mendapat hasanah

Thursday, May 27, 2010

kalaulah hati ini boleh berkata-kata..

msej yahoo messenger daripada seorang sahbt tngah hari membuatkan hati ana rasa terkilan...dia bertanya kepada ana adakah ana sudah melawat sahabat yg sakit di hospitl atau blum...ana mnjawab blum..masih mencari masa..minggu ini ana kerja siang dan malam..malah bukan utk minggu ini sahaja..tapi utk dua minggu akan dtng..semata2 untk mendaptkan cuti dan sedikit wang lebihan utk membeli buah tangan utk family...

dia bertnya..kenapa x pergi masa lunch???..kalau lah dia faham..brapa minit shaja masa yg ada untuk ana berada di hospital???15 minit perjalanan pergi..15 minit perjalanan balik..sudah mengambil masa 30-40 minit...brapa saja baki masa yg ada?? sedngkan masa lunch hnya ada sejam..bg ana sangt x berbaloi kalau ana pergi just utk beberpa minit..bnyak perkara yg ingin dibualkan..hanya akan menimbulkan perasaan kecewa bila pergi tapi utk bebrapa mnit shja...

bukan ana x ingni melawat..kalau lah hati mampu berbicara..pasti terdengr teriakan suarnya yg meronta2 ingin melawat shabat ke hospital...tlnglah faham keadaan ana..jngan buat ana rasa tersepit...

doa itukan senjata yang paling utama..ana x pernah lupa utk brdoa supaya sahabt ana itu sentiasa sihat...tlnglah sahbat...jngan pndang pada satu persepsi shaja..tlng rasakan diri enti berada di posisi ana..perlukah buat mcm 2 baru enti faham???

sekadar meluahkan rasa hati yg terkilan..


Tips/Panduan Atasi Zina Hati..

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24) Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.” Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Monday, May 24, 2010

mmg ana kecik!!!! So what????!!!!


kecik..budak sekolah..blablabla....bnyak g gelaran yg dah ana trima..

Jumaat lalu..masa ana nak balik dari ofis..time nak masuk dlm lif..ade sorang pegawai yg keje kat bngunan SAMB 2 gk...tngk dari stail pakaian mcm pegawai atsan..pk cik 2 pun tegur ana..

" awak keje cni ker???" ana pun dngan yakinnya menjawab.."ya...." pak cik 2 pun dgan slambernya bercakap..."kecik nye dah keje..." hati ana masa 2 gram gk..trfikir..."ish..pkcik nie xda bnda len ke nak tgur...nape msti tgur fizikal ana gk..tgurlah bnde len...huhhuh

ade g satu pristiwa time kursus induksi umum kat sg.congkak hari 2...ingt lagi hari 2 hari khamis..ana telah ditugaskan utk mnjadi mc ceramah drpada SPRM...

dah introduce pegawai 2..ana pun duduk..pas 2 pegawai 2 minte tlng ana handle slide plak..mase nak g depan 2..bleh plak pegawai 2 tgur ana...dngn berkate..

" eh..awak nie..mcm budak skolah yg nak g amik result spm la..arie nie kan reslt spm kuar"...dah la die ckp mcm 2 gune mikrofon..satu dewan 2 gelakkan ana...huhhu...kalau ikutkan hati..nak gk ana jawab.."awak nak tak laptop awak nie jadi 2??" huhhuhu..kalau ikut versi yher..laptop jadi 2 tue..laptop 2 kene belah la..hihhihi...tp 2 hanya kata hati...apa yg mampu ana lakukan time 2..trsenyum mcm kerang bucuk!!! huhhuhuh

tapi xpela..kecik2 pun xpa..yg pnting hati n semangt kene kuat..kalau besar tp lembik je n x kuat smangt...baik x yah..jauh ana merantau dari sabah ke melaka..bekerja n belajar n mencari fikrah sebenr...semngt yg kuat inilah yg mbolehkan ana still survive sehingga ke hari ini.....

mcm crita semut ngan belalang..semut walaupun kecik..tapi bijak, rajin dan berstratergi..pada hal blalang 2 lagi besar..tp malas dan tidak bijak mengatur kehidupan..



cepat sembuh Ukhti


dengan takdir Allah..seorang ukhti ana dimasukkan ke hospital semalam..dia disyaki menghidap demam denggi dan ditempatkan di wad denggi..simpati melihat keadaannya yg lemah..mungkin ini ujian dari Allah utknya dan juga kami sbgai sahbatnya...

teringt plak lagu raihan 2...

:: ujian adalah tarbiyah dari Allah ::
:: Adakah kita kan sabar atau pun sebaliknya ::

kuatkan hati mu ukhti..semoga cepat smbuh...



Saturday, May 22, 2010

Cinta Perlu Ada Visi dan Misi..

Arah Tuju Sebuah Cinta: Forum Bersama Kang Abik

February 18th, 2010 by Abu Saif 10:09 am | 9,146 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Moderator Dr. Raja Ahmad Iskandar bersama panelis Ustadz Habiburrahman el-Shirazi dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Pernikahan itu harus ada visi dan misi yang dikongsi bersama,” Kang Abik memulakan bicaranya.

Program menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan institusi sekitar negeri Perak.

“Al-Quran itu sendiri sudah memaparkan empat jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi,” aktivis juga novelis luar biasa dari tetangga Indonesia itu melanjutkan penerangannya.

Saya sendiri pantas menyambar pena untuk mencatat. Tidak mahu terlepas walaupun sedikit mutiara kata Ustadz Habiburrahman el-Shirazi, tatkala digandingkan bersama saya selaku panelis Forum Baitul Muslim yang diselenggarakan oleh moderator yang juga merupakan sahabat saya, Dr. Raja Ahmad Iskandar, pensyarah di UTP.

NUH DAN LUT

Mereka berdua adalah insan yang soleh. Rasul utusan Allah, ‘alayhim al-solaat wa al-salaam.

Tetapi Allah menguji mereka dengan beristerikan wanita yang durhaka kepada Tuhan. Begitu juga dengan sang anak. Si suami menyeru manusia kepada Iman manakala isteri pula bermati-matian mempertahankan kekufuran. Rumahtangga dan cinta antara mereka musnah oleh visi dan misi yang bertentangan. Satu memanggil ke Syurga dan satu lagi menyeru ke Neraka.

ISTERI FIRAUN

Sama ceritanya dengan isteri Firaun.

Seorang wanita yang beriman, bersuamikan manusia paling kufur kepada Allah. Gila kuasanya, bukan setakat mahu menduduki takhta kepimpinan malah mendakwa diri Tuhan. Cinta dan rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan pada sempadan iman dan kufur. Seorang tabah mempertahankan iman, tatkala seorang lagi sanggup mati pada menjulang kekufuran hingga tenggelam dalam keingkaran.

Kedua-dua rumahtangga ini saling berantakan apabila cita-cita antara suami dan isteri berbeza. Berlainan pada visi dan misi mereka.

ABU LAHAB DAN UMMU JAMIL

Pasangan ini sehati sejiwa. Mereka berdansa seirama pada meraikan kekufuran mereka.

Suami sangat membenci kebenaran dan menolak kenabian. Isteri pula memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada menyokong apa yang diperjuangkan. Mereka sekepala, satu selera, satu cita-cita. Hidupnya hanya terhimpun pada satu erti. Mereka bercinta dalam perjuangan mendaulatkan Jahiliyyah dan kekufuran terhadap Tuhan.

Mereka ‘bahagia’.

Bahagia pada seiring dan sejalannya mereka menuju Neraka.

Nantikan nasib mereka di Sana!

RASULULLAH S.A.W DAN ISTERI

Itulah contoh teladan utama kita. Uswah Hasanah.

Tiada cacatan pada rumahtangga yang berjaya dan cemerlang itu bermula dengan berpacaran atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian. Apa yang ada, adalah Taaruf dan segala titik mula yang Maa’ruf. Apa yang dicatat adalah merealisasikan cinta pada mencintai kebenaran. Dalam kemiskinan, ketika ada harinya dapur rumahtangga itu ketiadaan makanan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda mengecap kebahagiaan.

Benar sekali… rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia, biar sampai ke Syurga.

Thursday, May 13, 2010

nervousnya..bila tngh drive ada muslimin ikut..

hmmm..dah dua kali ana jmput akhi ana 2 dr tmpat prktikal drang..skali ngan ukhti raisah dkwah 2..hihi..tp..rasa nrvous mase tngh drive tak jugak hilang2...akhi 'F' tue tnyer..naper nrvous kalau ada muslimin..hmmm..ntahla..mmg x dpat ana nk bg jawapan...ker..mmg semua muslimat mcm 2..cz ukhti iman kata....dia pun mcm 2 gk dulu..hmmm...it's take time utk hilangkan nrvous 2..

huhhu..hope so...