Monday, January 10, 2011

~Ikan Masak Kari~



9/1/2011
2 petang: bau ikan masak kari hasil air tngn Cik S membuka selera..ikan dimakan brsama nasi putih + kicap...

9 malam: ada shabt2 yg bru balik dr Koboi(tmpt shoping murah) seusai meeting petng tadi....ikan msak kari baki tangah hari tadi...mnjadi lauk mkn malam skali lagi...

10/1/2011

5 pagi: muslimat RS seramai 8 orang duduk beramai-ramai mnghadap sedulang nasi berlaukkan ikan masak kari skali lagi...saki-baki mlm smlam...hnya serpihan2 isi ikan bersama tomato dan kuah kari utk dijamah..nasi pula tidak smpai satu pot..hidngn yg agk sikit utk 8 orng...tp Alhamdulillah..semua dpt menikmati...moga sahur pagi tadi mndpt berkah Ilahi...slmt brpuasa Sunat khusus buat muslimat RS..

7.21 ptng: masa utk brbuka puasa!!!!!!!!!! erm....ikan masak kari sahur td lg ker???

Tuesday, December 28, 2010

Salaamatul Sodri ( Sifat Berlapang Dada )


"Apabila kau ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu, anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditergur oleh orang muda dari kamu, anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh orang yang lebih tua dari kamu, anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu."

Kata-kata di atas merupakan kalam daripada salah seorang daripada ulama' tasawwuf lagi bijaksana. Perlu ingat, ilmu Tasawwuf dan Feqah hendaklah disekalikan, sama sekali tidak boleh ditinggalkan salah satu daripadanya. Kiranya ditinggalkan, maka binasalah badan, sesatlah amalan, punahlah kehidupan, sempitlah pemahaman, tercetuslah perbalahan.

Inilah reality pada hari ini. Setiap orang beriman lagi bertaqwa mestilah memiliki sifat berlapang dada, 'Salaamatul Sodri' dalam menerima apa jua kritikan yang membina, muhasabah yang mementingkan soal masa akan datang. Ini adalah keperluan asas dalam membina kekuatan pasukan/ jemaah/ organisasi/ kumpulan, agar mencapai kejayaan yang cemerlang dan dilihat hebat di mata masyarakat, bahkan di sisi Allah memperolehi kerahmatan dan keberkatan.

Yer ... Walaupun yang ditegur itu merupakan orang atasan, bos, ketua, amir, dan seumpamanya. Jika apa yang ditegur itu memberi manfaat yang besar, apatah lagi demi kebaikan jemaah, maka Wajib dia kena mendengar dan menerima teguran tersebut. Tidaklah boleh mereka cepat melatah dan menjawab balik. Kadang-kadang apabila cepat melatah dan menjawab, menandakan seseorang itu tidak memiliki sifat 'Salaamatul Sodri' yang akhirnya akan menghilangkan keizzahan dirinya disebabkan sifat ego dan sombongnya itu.

Nabi Muhammad SAW pernah menyebut yang mafhumnya, sesungguhnya orang yang sombong itu adalah orang yang menolak segala kebenaran dan kebaikan yang diucapkan oleh seseorang yang menegurnya.

Jadi, tak kiralah, sehebat mana seseorang itu, dengan kekayaan yang ada padanya, dengan ketinggian status yang dimilikinya, dengan kecerdikan akal yang ada padanya, dengan pengalaman dalam memimpin yang dikuasainya, apabila didapati sebarang bentuk kesalahan, penyelewengan, salah guna, kekurangan yang ada, maka apabila seseorang menegurnya dan menasihatinya, mestilah yang ditegur itu menerima dengan hati yang terbuka serta 'Salaamatul Sodri'. Inilah antara asas untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu jemaah.

Perlu diingatkan, sifat 'Salaamatul Sodri' ini digunakan apabila berhadapan dengan situasi yang berpihak kepada perkara yang betul dan benar, tidak bercanggah dengan hukum Syara', mengikut kepada keadaan semasa dan matlamatnya adalah untuk mencapai kebaikan dan mendapat keredhaan Allah taala.Wallahu a'lam.

Thursday, September 2, 2010

Prefer to be like this..
S-Senyap
S-Sepi
S-sendiri

Friday, June 25, 2010

Maaf Sahabat...

'tekanan' yg melanda ini betul2 berat utk ana... setiap hari ada shaja perkara yg menyakitkan hati..
kali ini mereka mmg dah melampau!!! hati ini dah cukup tertekan kerana perbuatn mereka...suka mengambil kesemptn atas kebaikan dan kelemahan yg lain..mulut ini pula sukar utk menyatakan betapa terseksanya jiwa dibuat begitu......

kesian sahabt2 di rumah..mereka mnjadi mangsa di atas tekanan yg dialami..maafkan ana sahabat...kalian menyayangi ana..tp ana...tak sama dengan antunna semua...

adakah ini ujian Tuhan atau kifarah dari Allah kerana dosa yg lalu..atau tarbiyyah yg x ana sedari...

Maafkan ana.....ana tak layak mnjadi sahabt antunna smua..biarlah ana digantikan dngan golongan yg lebih baik..kalau itu yg terbaik...:(

Friday, June 11, 2010

ABI dah Kaweeennn...

Alhamdulillah..sempat gk menulis ckit walau pun tngh bz brkemas utk balik ke wilayah asal-Negeri Sabah di Bawah Bayu..tp skarang nie bayu die dah kurang ler...huhhu balik kpada tajuk: yup..ABI ana dah kaween..ABI nie bukannya bapa ana..tp panggilan utk akhi ana yg pd pndangan ana, beliau adalah seroang yg mantap, pemikir, sangt2 matang drpd usianyer...n sebab ada ciri2 seroang bapa kot..hihhi..emmm...kalau prempuan yg mcm ada ciri2 keibuan tue kite panggil 'keibuan' kan..kalau mcm ABI nie..ada ciri2 'KEBAPAAN' la g2....hihhihi... baitul muslim@kahwin...x semudah yg dibayangkan..bnyak ilmu yg perlu dikumpul di dada sebelum melangkah ke alam itu..

Sesebuah perkahwinan hendakalah diasaskan kepada 4 perkara:

1. Taqwa: perkahwinan perlu diasaskan @ didasarkan atas rsa Taqwa kepada Allah,tanpa taqwa ditakuti perkahwinan itu tidak dapat menurut landasan yg sebernya..


2. Al-Mawaddah Wa Al-Rahmah Perkahwinan hendaklah juga diasaskan di atas asas Al-Mawaddah (berkasih-sayang) dan 'Al-Rahmah'(kasih-mengasihi).Tanpa kasih syg dan kasih mengasihi, perkahwinan akan hancur, kebahagian akan menjadi angan-angan sahaja.

3. Al-Mu'aasharah bil Al-Maaruf
Mksudnya, pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredahi Allah. Oleh itu... pergaulan suami isteri hendaklah didasarkan di atas lunas2 keredhaan Allah, sentiasa bertolak-ansur, bnyak bersabar, dan pelbagai lg sifat mahmudah yg lain. Ketegasan diri menentang kemungkaran menjadi ubat. manakala didikan dan bimbingn suami kpd isteri dan keluarga ke arah keredhaan Allah menjadi dasr tindakan sorng suami.

Allah berfirman, "...dan bergaullah kamu dngan mereka (isteri2 kamu itu) dngn cara yg baik, maka jika kamu tidak mnyukai mereka, semoga ketidaksukaan kamu trhadap sesuati itu , lalu Allah menjadikan padanya kebajikan yang bannyak.."
( Surah An-Nisaa, ayat 19)

Dalam asas ini juga, "kemapuan suami utk mnjadi suami yg hakiki". diantarnya ialah
berupaya menyedikan nfkah, pakaian, mkanan dan tempat tinggal dan tidak mendtngkan mudarat atau kesusahan kepada isteri sama ada secara fizikal, mental,@ pun rohani.

4. Amanh dan tanggungjawab
perkahwinan perlu diasakan kepada amanat dan tnggungjawab, bukan diasaskan atas kehendak nafsu semata2..

Rasulullah S.A.W brsabda..."kamu telah mengambil mereka sbgai isteri dngan amanah
Allah dan kamu menikmati mereka dngan kalimah Allah.." Itulah dasar dan asas2 yg seharusnya dipertimbangkan dan dijadikan panduan ketika mengharungi hidup berumah tangga. perkahwinan merupakan amanat yg wajib dijaga dngan baik dan jngan dikhianati. Tanggungjawab yg wajib dilaksanakan dngan spenuhnya ini tidak sunyi dari cubaan dan dugaan, dari itu kita hndakalah sntiasa brwaspasa untuk mewujudkan kluarga yg bahagia!!! sekian...=)

Saturday, June 5, 2010

~~3S~~

Prefer to be like this..
S-Senyap
S-Sepi
S-Sendiri

Friday, May 28, 2010

Sedekah Jariah: Kebaikan yang tak berakhir...

1. Berikan Al-Quran kepada seseorang, dan setiap dibaca, anda akan mendapat hasanah

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital, dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan mendapat hasanah

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

4. Bantu pendidikan seorang anak

5. Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah

6. Berbahagi CD Quran atau Doa

7. Libatkan diri dalam pembngunan sesebuah masjid sama da dari segi tenaga mahu pun harta

8. Letakkan pendingin air ditempat umum

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, anda mendapat hasanah

Thursday, May 27, 2010

kalaulah hati ini boleh berkata-kata..

msej yahoo messenger daripada seorang sahbt tngah hari membuatkan hati ana rasa terkilan...dia bertanya kepada ana adakah ana sudah melawat sahabat yg sakit di hospitl atau blum...ana mnjawab blum..masih mencari masa..minggu ini ana kerja siang dan malam..malah bukan utk minggu ini sahaja..tapi utk dua minggu akan dtng..semata2 untk mendaptkan cuti dan sedikit wang lebihan utk membeli buah tangan utk family...

dia bertnya..kenapa x pergi masa lunch???..kalau lah dia faham..brapa minit shaja masa yg ada untuk ana berada di hospital???15 minit perjalanan pergi..15 minit perjalanan balik..sudah mengambil masa 30-40 minit...brapa saja baki masa yg ada?? sedngkan masa lunch hnya ada sejam..bg ana sangt x berbaloi kalau ana pergi just utk beberpa minit..bnyak perkara yg ingin dibualkan..hanya akan menimbulkan perasaan kecewa bila pergi tapi utk bebrapa mnit shja...

bukan ana x ingni melawat..kalau lah hati mampu berbicara..pasti terdengr teriakan suarnya yg meronta2 ingin melawat shabat ke hospital...tlnglah faham keadaan ana..jngan buat ana rasa tersepit...

doa itukan senjata yang paling utama..ana x pernah lupa utk brdoa supaya sahabt ana itu sentiasa sihat...tlnglah sahbat...jngan pndang pada satu persepsi shaja..tlng rasakan diri enti berada di posisi ana..perlukah buat mcm 2 baru enti faham???

sekadar meluahkan rasa hati yg terkilan..


Tips/Panduan Atasi Zina Hati..

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24) Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.” Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Monday, May 24, 2010

mmg ana kecik!!!! So what????!!!!


kecik..budak sekolah..blablabla....bnyak g gelaran yg dah ana trima..

Jumaat lalu..masa ana nak balik dari ofis..time nak masuk dlm lif..ade sorang pegawai yg keje kat bngunan SAMB 2 gk...tngk dari stail pakaian mcm pegawai atsan..pk cik 2 pun tegur ana..

" awak keje cni ker???" ana pun dngan yakinnya menjawab.."ya...." pak cik 2 pun dgan slambernya bercakap..."kecik nye dah keje..." hati ana masa 2 gram gk..trfikir..."ish..pkcik nie xda bnda len ke nak tgur...nape msti tgur fizikal ana gk..tgurlah bnde len...huhhuh

ade g satu pristiwa time kursus induksi umum kat sg.congkak hari 2...ingt lagi hari 2 hari khamis..ana telah ditugaskan utk mnjadi mc ceramah drpada SPRM...

dah introduce pegawai 2..ana pun duduk..pas 2 pegawai 2 minte tlng ana handle slide plak..mase nak g depan 2..bleh plak pegawai 2 tgur ana...dngn berkate..

" eh..awak nie..mcm budak skolah yg nak g amik result spm la..arie nie kan reslt spm kuar"...dah la die ckp mcm 2 gune mikrofon..satu dewan 2 gelakkan ana...huhhu...kalau ikutkan hati..nak gk ana jawab.."awak nak tak laptop awak nie jadi 2??" huhhuhu..kalau ikut versi yher..laptop jadi 2 tue..laptop 2 kene belah la..hihhihi...tp 2 hanya kata hati...apa yg mampu ana lakukan time 2..trsenyum mcm kerang bucuk!!! huhhuhuh

tapi xpela..kecik2 pun xpa..yg pnting hati n semangt kene kuat..kalau besar tp lembik je n x kuat smangt...baik x yah..jauh ana merantau dari sabah ke melaka..bekerja n belajar n mencari fikrah sebenr...semngt yg kuat inilah yg mbolehkan ana still survive sehingga ke hari ini.....

mcm crita semut ngan belalang..semut walaupun kecik..tapi bijak, rajin dan berstratergi..pada hal blalang 2 lagi besar..tp malas dan tidak bijak mengatur kehidupan..



cepat sembuh Ukhti


dengan takdir Allah..seorang ukhti ana dimasukkan ke hospital semalam..dia disyaki menghidap demam denggi dan ditempatkan di wad denggi..simpati melihat keadaannya yg lemah..mungkin ini ujian dari Allah utknya dan juga kami sbgai sahbatnya...

teringt plak lagu raihan 2...

:: ujian adalah tarbiyah dari Allah ::
:: Adakah kita kan sabar atau pun sebaliknya ::

kuatkan hati mu ukhti..semoga cepat smbuh...



Saturday, May 22, 2010

Cinta Perlu Ada Visi dan Misi..

Arah Tuju Sebuah Cinta: Forum Bersama Kang Abik

February 18th, 2010 by Abu Saif 10:09 am | 9,146 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Moderator Dr. Raja Ahmad Iskandar bersama panelis Ustadz Habiburrahman el-Shirazi dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Pernikahan itu harus ada visi dan misi yang dikongsi bersama,” Kang Abik memulakan bicaranya.

Program menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan institusi sekitar negeri Perak.

“Al-Quran itu sendiri sudah memaparkan empat jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi,” aktivis juga novelis luar biasa dari tetangga Indonesia itu melanjutkan penerangannya.

Saya sendiri pantas menyambar pena untuk mencatat. Tidak mahu terlepas walaupun sedikit mutiara kata Ustadz Habiburrahman el-Shirazi, tatkala digandingkan bersama saya selaku panelis Forum Baitul Muslim yang diselenggarakan oleh moderator yang juga merupakan sahabat saya, Dr. Raja Ahmad Iskandar, pensyarah di UTP.

NUH DAN LUT

Mereka berdua adalah insan yang soleh. Rasul utusan Allah, ‘alayhim al-solaat wa al-salaam.

Tetapi Allah menguji mereka dengan beristerikan wanita yang durhaka kepada Tuhan. Begitu juga dengan sang anak. Si suami menyeru manusia kepada Iman manakala isteri pula bermati-matian mempertahankan kekufuran. Rumahtangga dan cinta antara mereka musnah oleh visi dan misi yang bertentangan. Satu memanggil ke Syurga dan satu lagi menyeru ke Neraka.

ISTERI FIRAUN

Sama ceritanya dengan isteri Firaun.

Seorang wanita yang beriman, bersuamikan manusia paling kufur kepada Allah. Gila kuasanya, bukan setakat mahu menduduki takhta kepimpinan malah mendakwa diri Tuhan. Cinta dan rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan pada sempadan iman dan kufur. Seorang tabah mempertahankan iman, tatkala seorang lagi sanggup mati pada menjulang kekufuran hingga tenggelam dalam keingkaran.

Kedua-dua rumahtangga ini saling berantakan apabila cita-cita antara suami dan isteri berbeza. Berlainan pada visi dan misi mereka.

ABU LAHAB DAN UMMU JAMIL

Pasangan ini sehati sejiwa. Mereka berdansa seirama pada meraikan kekufuran mereka.

Suami sangat membenci kebenaran dan menolak kenabian. Isteri pula memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada menyokong apa yang diperjuangkan. Mereka sekepala, satu selera, satu cita-cita. Hidupnya hanya terhimpun pada satu erti. Mereka bercinta dalam perjuangan mendaulatkan Jahiliyyah dan kekufuran terhadap Tuhan.

Mereka ‘bahagia’.

Bahagia pada seiring dan sejalannya mereka menuju Neraka.

Nantikan nasib mereka di Sana!

RASULULLAH S.A.W DAN ISTERI

Itulah contoh teladan utama kita. Uswah Hasanah.

Tiada cacatan pada rumahtangga yang berjaya dan cemerlang itu bermula dengan berpacaran atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian. Apa yang ada, adalah Taaruf dan segala titik mula yang Maa’ruf. Apa yang dicatat adalah merealisasikan cinta pada mencintai kebenaran. Dalam kemiskinan, ketika ada harinya dapur rumahtangga itu ketiadaan makanan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda mengecap kebahagiaan.

Benar sekali… rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia, biar sampai ke Syurga.

Thursday, May 13, 2010

nervousnya..bila tngh drive ada muslimin ikut..

hmmm..dah dua kali ana jmput akhi ana 2 dr tmpat prktikal drang..skali ngan ukhti raisah dkwah 2..hihi..tp..rasa nrvous mase tngh drive tak jugak hilang2...akhi 'F' tue tnyer..naper nrvous kalau ada muslimin..hmmm..ntahla..mmg x dpat ana nk bg jawapan...ker..mmg semua muslimat mcm 2..cz ukhti iman kata....dia pun mcm 2 gk dulu..hmmm...it's take time utk hilangkan nrvous 2..

huhhu..hope so...

Monday, April 19, 2010

Hari yg sangat bererti..-Perjalanan ku ke Segamat..


Sangat seronok semlam...dapat brjalan2 ke segamat brsama2 sahabat dngn si 'Puteh'..heheheh..
Perjalanan yg penuh bermkna..bukan sekadar brjalan..tp ada mtlamt yg ingin dibawa...ada program yg perlu dilksanakan..demi Islam..ada kerjasama yg perlu dijalinkan...semoga program yg bakal dilksanakan trcapai mtlamtnya dan diredhaiNya..

Balik dari meeting di Segamat..Alhamdulillah...niatku utk belnja mkan sahabt2 tercapai...sampai saja ke Melaka..kereta ditujukan ke RFC...alhmdulillah..dpt mbahagiakan perut shbt2 mlm 2..:)
InsyaAllah..ada rezki..ana blnja lagi..

Hope ade lagi trip2 mcm nie..seronok sngt..:)

Monday, April 12, 2010

komitmen terbaru-kereta pertamaku..



salam semua..
agak lama tidak menulis di ruang ini...sngt sibuk kebelakngn ini..baru saja melangkah ke alam yg baru...kalau dulu hanya bekerja...tp kini perlu belajar sambil bekerja..dulu fulltime student..skarang part time student(PLK)..hihhihi..kelas start bulan 1 hari 2..skarang nie dah masuk 3 bulan lbih aku kerja smbil blajar..penat mmg penat..tp xpala..cz ada impian yg ingin ku gapai..cewah..kalau dulu kena jalan kaki time lepas balik dr kelas...malam plak 2..nasib bek la x pernah kena culik...tak pun kena susahkan shabt2 kat umah utk amik aku..huhuhu terima kasih shabt2..especially to kak uni yg bnyak tlng aku...thnks a lot kak!!! luv u!!!

Tp skarang..semua dh brbeza..ku dah ade kreta..perodua viva basic..heheeh...keta 2 bukan lah keta impian..tp keta keperluan..nk upload gmbr..tp x amik gmbr g..thnks 2 abng fadil cz dah potong Q..ade ke die amik gmbr dulu..yg Tuan Keta dia nie x amik g pun...huhhuh..xper2..

Pa pun..i hope..dapat mnggunkan kemudhn keta yg ada dngn sebaik mungkin..utk kprluan diri..shbt2...n cmpany!!!! Ya Allah..jauhkan lah aku drpada malapetaka dn berkatilah prjalanan hidupku...amin...

Wednesday, November 4, 2009

Kursus Bina Insan KDN

Alhamdulillah..
selesai dah ana berkursus...
secara keseluruhannya..nak kata seronok 2..x de lah sangat..tapi masih ada input2 yg bleh dikongsikan bersama...

kursus tersebut diadakan selama 3 hari 2 mlm...di hotel residence UNITEN kajang..selangor...bermula 2 hingga 4 novmber 2009...wakil dari pejabat ana..just 5 orang..tapi yg x seronoknyer sebab ana sorang jer pmpuan..huhuh..so..ana kene la ikut abng2 nie g tumpang keta drang..tp alhamdulillah..drang o.k...cuma sorang 2..suka sngat menyakat orang..ana doakan smoga dia cepat2 kawen..supaya lbih mtang..heheheh..

Hari Pertama..
sampai kat hotel 2 kira-kira dalam pkul 2 lbih..dalam pkul 3.30 ada taklimat utk peserta..pastu mcm besa la..ada sesi taa'ruf atau pun ice-breaking...tp semuanyer mcm besa je la..kena ingat nama orang...susun ikut tarikh lahir..ktinggian..mcm 2 ar..huhu..mlm 2 plak ada ceramah...pendekatan Islam Hadhari..hurmm....konklusi ceramah 2..umat Islam yg nak dihadharikan..tp pendapat ana..memang..kita perlu berfikir kehadapan..tapi x perlu lah penjenamaan Islam Hadhari..cukuplah nama Islam kekal sebagai Islam shaja..x perlu ada sebarang pertambahan...sebenarnya masih banyak topik2 yg lbih pnting utk dibincangkan..
contohnya mcm masalah umat Islam masa kini..yg banyak mengabaikan nilai2 murni..pengaruh hedonisme yang semakin bermaharajalela di klangan umat Islam kini..huhuhhu..ceramah tersebut berlangsung selama 2 jam..dan diikuti dengan audio visual ikhtibar kehidupan..visual tersebut mengisahkan pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak..sedih gk la..teringat mak bpak kat kampung..huhhu..rasa nak terbang balik pun ada gak...

hari kedua..
dimulakan dengan riadah..tapi brsenam je la..simple jer..pastu ada ceramah bertajuk "mengenal kelebihan manusia"...dalam ceramah 2..memberikan kesedaran kepada kita mengenai kurniaan Allah yg tak terhingga kepada umat manusia..kita sewajarnya sentiasa bersyukur dan sebagai tanda berterima kasih..kita wajar memperbnyakkan amaln kita semata-mata mengahrapkan keredhan-Nya...selepas minum pagi..ceramah sterusnya pula bertajuk " peribadi Unggul, minda Ulul-Albab"...dalam ceramah nie...umat Islam khusunya perlu berfikir dengan lebih matang dan bijak dalam usaha memperbaiki diri dan juga bagi mendaulatkan agama Islam yang dicintai...selepas 2 sesi ceramah berlangsung..sesi LDK pun menyusul....pembinaan imej kumpulan dilakukan..terdpat satu perbezaan yang jarang ditemui dalam pembinaan imej kumpulan pada kursus kali ini..dimana..selain nama, lagu dan moto kumpulan... hukuman bagi setiap kumpulan juga perlu disertakan..hukuman perlulah relevan dan menginsafkan..tp ok gak la if ada hukuman nie..rasa brtanggungjawab dalam diri setiap peserta dalam mnjaga ahli dalam kumpulan sangat terserlah...alhamdulillah...

petang pula sesi riadah..kali ni seronok cz terdapat 2 game yg perlu para peserta ikuti..game pertama..menyentuh soal kepimpinan...di mana para peserta dikehendaki utk mencari pasangan yg sama saiz..dari segi ketinggian dan berat bdan..lepas 2..salah seorang daripadanya perlu menutup mata..dan seorang lagi perlu memimpin si buta utuk mengharungi halangan2 yg bakal dihadapi...syaratnya..pasangan tersebut tidak boleh mengeluarkan suara...sesuatu yg malang berlaku kepada ana ketika mata ana ditutup..akak 2 x perasan ada kayu dihadapan muka ana..nasib bek terkena bwah mata..kalau kene mata ana..wallahua'lam..alhamdulillah..x kena mata...syukur sangat2...

game yg kedua plak..para peserta dikehendaki utk berbaris mengikut kumpulan masing2...lelaki dihadapan n pmpuan di belakang...setiap kumpulan perlu melontarkan dadu bagi bergrak ke garisan penamat..mereka perlu melontarkan dadu..sekiranya genap...mereka bergerak ke hadapan..tapi jika dapat nombor ganjil..hendaklah bergerak ke belakng...kumpulan yg sampai dahulu..dikira sebagai pemenang..

selesai riadah... mkan dan solat maghrib...anjung nurani 2 pula diteruskan...kali nie perkara yg perlu dibincangkan adalah hati...

1) Hati yang sihat..

Hati yg sihat ialah hati yang tahu tentang kedudukannya disisi Tuhan (Allah SWT) yg menciptakan dirinya. Hati ini sedar bahawa dirinya sentiasa diawasi oleh Tuhan dalam segala tindakan yg dilakukannya dan merasai Tuhan akan membalas segala kebaikan atau kejahatan yg dikerjakan. Manusia dalam konteks ini akan bertindak berdasarkan batas






Friday, October 30, 2009

i've got the answer!!!

Alhamdulillah..
ana dah dapat cnfirmkan..setelah pihak yg arrange exam 2 dhubungi..ana dah dapat jawapannya..mmg amik sekali harung jer exam GO ngan sbjek jabatan...thanks ngan ida..kawan satu batch kat HQ putrjaya..nasib bek die ade...hurmmm...tp ana x sure g nak tinggal kat mane time 2..msalah2..manusia mmg x kan lari daripada masalah...huhuhhu..tp insya Allah..mesti ade jalan penyelesaiaanye t..amin..

Wednesday, October 28, 2009

Ana keliru...

Sebagai seorang yg baru bkerje dlm gov..utk cnfirm..ana prlu hadiri 2 kursus iaitu kursus induksi umum n khusus..pas 2 kene hadiri 2 exam plak..iaitu exam subjek jabatan n exam JPA or SPA..

kursus xda g..exam plak dah dekat..3 n 4 bln 12 nie..n kali nie subjek exam sangat2 mengelirukan..huhuhuhu..
kenape la masa ana nak amik exam tetiba tukar plak?? stay mcm yg dlu2 kan bgus..huhuh..x faham ana..pening2..

x kan nk amik GO ngan APTQ n AMCP sekali..berat 2...huhhuhu..pas 2 GO kene rujuk ngan JPA..pada hal tarikh tutup JPA dah lepas dah..nape pentadbiran macam nie...mengelirukan..

utk pengetahuan antum semua..memandngkan ana bkerje d bhgagian kawalan pnerbitan n teks A--Quran..ana perlu tahu 2 Akta..AMCP n APTQ..
AMCP tue..Akta Mesin Cetak dan Penerbitan..
APTQ plak..Akta Penerbitan Teks AL-Quran..

So...
penyelesaiannya..esok ana nak minte pertolongan akak kat tmpat kerja utk kol pihak yg arrange exam nie..
mengelirukan la..huhuhu..harap2 semuanya dapat disetelkan esok..amin...n tak de g penng2..
brdebar plak tunggu esok..huhhuhuhu..
Ya Allah..Permudahkan la..urusanku..amin..





Tuesday, October 27, 2009

Perogol bersiri???

perasaan takut menerpa di hati..
suatu risalah yang ditampal di kampus ana..membuat hati ini berdebar2..
ini suatu ancaman kepada golongan wanita yg tak bersalah...
antara isi kandungan risalah tersebut yg dikhabarkan oleh sahabat ana..
perogol bersiri telah terlepas daripada penjara melaka tengah..
berusia 28 tahun dengan ketinggian 170 cm...
siswi diminta berhati2...

hurmmmmmm....
hati mana yg tak takut dan risau bila mndengar berita mcm 2??
dah la pagi2 lagi ana perlu pergi ke tempat kerja..
cz kene masuk sbelum pkul 7.30 pagi..
sahabat2 menasihati ana agar berhati2..
namun..
ana perlu kuat..
insya Allah...
tanpa izinnya..tiada apa yg boleh berlaku..
Ya Allah..
hindari aku dariapda marabahya..
amin..

Sunday, October 18, 2009

betul..aku memang ego..

tersentuh hati ana..
tatkala membaca blog senior..yg brtajuk..egokah kamu??
benar..ana memang ego..
semua orang ego..
sukarnya melafazkan maaf..ana memang ego..
suatu salah fahm telah brlaku antara prhubungan ana dan shabat serumah..
jika difikir-fikir semula..ana mmg x salah dalm hal tue..
tapi kenapa mesti ana yg minta maaf..
astaghfirullah..egonya ana..
sukarnya melafazkan maaf....
sedangkan adalah sesuatu yg sangat2 baik bg mereka yg mendahulukan memohon maaf..
egonya ana....
astaghfirullah..